Dalam berniaga, banyak asam garam yang terpaksa ditelan oleh kebanyakan peniaga. Persaingan, cabaran kerja, kenaikan kos, cuaca dan sebagainya, semua itu sudah menjadi ‘permainan’ oleh mereka.
Namun tidak kurang juga, ada peniaga yang terpaksa bersabar dan tabah apabila berhadapan situasi seperti barang niaga hilang sekaligus menyebabkan perniagaan mereka terganggu.
Seperti perkongsian di TikTok Wawa Nemo apabila mereka ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang gigih menjual makanan di bawah pokok di Kota Warisan, Sepang.
Sekali pandang, mungkin macam tiada apa-apa. Rupa-rupanya, sebelum ini lelaki tersebut berniaga di depan sebuah stesen minyak berhampiran di situ. Namun suatu hari, dia mendakwa kerusi dan mejanya hilang, tidak pasti sama ada dicuri atau dibuang.
Kehilangan itu menyebabkan dia terpaksa berpindah dan cuba berniaga di depan sebuah restoran. Namun nasib tidak menyebelahinya, dia dikatakan tidak dibenarkan berniaga di situ. Lantas terpaksa berpindah sekali lagi.
Akhirnya, abang ini buat keputusan untuk duduk berniaga di bawah pokok, berhampiran kawasan parkir motosikal. Tanpa bantuan meja dan kerusi, dia terpaksa memangku sahaja makanan itu di atas kedua-dua pahanya.
Tapi setelah pemilik video bertemu dengan lelaki ini, ada sesuatu yang berlaku di antara mereka. Jom ikuti cerita selanjutnya dalam video di bawah ini. Semoga kisah ini menyentuh hati anda semua.
@kakwaaaaa Lokasi : Parking motor KIPMALL Kota Warisan Sepang 🥺 #fypシ #istiqomah #hijrah #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #alhamdulillah
Video ini telah ditonton lebih 40,000 kali setakat artikel ini ditulis. Rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang menimpa abang peniaga brownies ini. Ramai yang mendoakan agar perniagaannya dilimpahi rezeki berlipat kali ganda.
Tidak kurang juga, ada yang turut mendoakan supaya pemilik video dimurahkan rezeki atas jasa yang diberikan, iaitu sumbangan sebuah meja kecil untuk si abang peniaga yang berhati besar.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Sama-samalah membuat kebaikan kerana Rasulullah SAW pernah berkata, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.
Dugaan orang cari rezeki
Brownies dia sumpah sedap
Tersentuh hati, moga dilimpahkan rezeki luas
Sumber: TikTok Wawa Nemo