Siakap Keli

(Video)“Allah, Habis Kereta”, Saga Kemik Disondol, Lelaki Ini Cari Tuan Kerbau Tuntut Ganti Rugi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari ini, tular di Facebook mengenai satu rakaman yang memaparkan sebuah kereta milik seorang lelaki telah disondol oleh seekor kerbau.

Menurut pemilik kereta itu, Lang Mizan, kejadian itu telah berlaku di tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Klebang Bistari, Ipoh.

“Kerbau yang masuk dulu”

Dihubungi oleh SK, dia mengatakan bahawa pagar di tempat kerjanya itu dibuka kerana untuk memberi laluan kepada lori yang akan masuk, namun dia tidak menyangka lain pula yang berlaku.

Tak sempat lori masuk, kerbau yang masuk dulu,” katanya.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di group Warga Klebang Ipoh, kereta Proton Saga miliknya itu dilihat telah kemek di bahagian sisi hadapan dan cermin sisi juga tercabut.

Ketika itu, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu mengeluh setelah melihat keretanya teruk disondol oleh kerbau itu.

Tambahnya, kerbau itu mempunyai pemilik dan kini dia sedang mencari pemilik tersebut untuk mendapatkan ganti rugi.

Menurutnya lagi, kos untuk membaiki kereta tersebut dianggarkan dalam RM600 atau RM700, ia akan dihantar ke bengkel esok.

 

 

Sumber: Lang Mizan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.