Sebuah lori remuk dipercayai kerana salur air ventilation terjatuh dalam Terowong Semarak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Memetik laporan ringkas di laman Twitter ITIS DBKL, insiden itu berlaku ketika lori kontena berkenaan melalui terowong yang menghala ke arah pusat bandar.
Rentetan itu, pasukan polis trafik, warden tradik dan Renjer 01 dikerahkan ke lokasi kejadian. Bagaimanapun maklumat lengkap mengenai punca kejadian belum dikenal pasti.
Menerusi kemaskini terbaharu, air ventilation dilaporkan telah dialih dan laluan kini telah dibuka semula kepada kenderaan lain.
Jalan Sultan Yahya Petra : Air ventilation terjatuh dalam Terowong Semarak menghala Pusat Bandar. Lorong kiri terhalang. Polis Trafik, Warden Trafik dan Renjer 01 di lokasi. #kltu pic.twitter.com/giwf4Ussyi
— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) September 11, 2021
Sumber: ITIS DBKL