Siakap Keli

Rumah Bandar VS Luar Bandar? Ini Perkara Yang Korang Perlu Tahu Sebelum ‘Decide’ Nak Beli

Dalam usaha korang nak beli rumah, lokasi adalah sangat penting dan setiap pembeli rumah mempunyai keinginan yang berbeza ketika memilih sama ada hartanah di bandar atau luar bandar. Semasa menentukan lokasi, korang perlu bertanya kepada diri sendiri berapa banyak yang korang mampu bayar, sejauh mana korang bersedia berulang-alik untuk bekerja dan jenis gaya hidup yang korang ingin jalani.

Perkara ini sangat penting apabila mempertimbangkan sama ada nak beli hartanah di kawasan bandar atau luar bandar. Tapi sebelum nak beli rumah di dua kawasan ni, ada beberapa kekurangan dan kebaikan yang korang kena tahu.

Bandar

1. Kekurangan

  • Harga agak mahal berbanding hartanah luar bandar.
  • Sering berlaku kesesakan lalulintas.
  • Persaingan perniagaan yang terlalu banyak.

2. Kebaikan

  • Ada banyak pilihan pengangkutan awam yang ada seperti kereta api dan bas.
  • Pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan korang seperti kemudahan kesihatan, mall dan pejabat kerajaan.
  • Sekiranya korang telah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, akan ada banyak sekolah dan universiti untuk memudahkan mereka mendapatkan pendidikan.

Luar Bandar

1. Kekurangan

  • Bilangan penduduk yang tidak ramai.
  • Kurangnya infrastruktur digital berkualiti tinggi.

2. Kelebihan

  • Mempunyai harga yang lebih berpatutan dan diramalkan akan meningkat nilainya pada tahun-tahun mendatang.
  • Gaya hidup masyarakat luar bandar yang tenang turut menyebabkan ramai yang nak memiliki hartanah di luar bandar.
  • Sekiranya korang pilih untuk membeli rumah di kawasan luar bandar, akan adanya ruang, kebebasan dan rasa komuniti yang kuat di kawasan tersebut.
  • Sesuai untuk kehidupan bersara pada masa depan yang mudah dan santai.
  • Berpotensi untuk dikembangkan dengan kewujudan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur berkualiti.
  • Mempunyai ekosistem perniagaan yang baik.

Pengenalan Bandar U di Seri Iskandar, Perak

Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak TengahPerak. Ia berdekatan dengan pekan BotaBota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tambahan lagi pertubuhan pusat pengajian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kolej Professional MARA pada 2002 and 2005 telah muncul reputasi Seri Iskandar sebagai ‘Bandar Ilmu’.

Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.

Korang berpeluang untuk menikmati penempatan komuniti yang menggembirakan dan memberikan keharmonian di kediaman yang berkualiti, berdekatan dengan fasiliti dan ameniti, tempat rekreasi serta pusat pengajian. Klik di sini http://huayang.com.my/bandaruseriiskandar/ untuk mengetahui testimoni dari komuniti Bandar U Seri Iskandar.

Pelancaran Baru di Bandar U Seri Iskandar, Perak

Kalau korang masih pening nak beli rumah di kawasan yang mana, apa kata korang cuba tengok satu projek perumahan luar bandar best yang menawarkan harga mampu milik daripada Hua Yang Berhad dan terletak di Bandar U Seri Iskandar di Perak. Ianya adalah projek yang menawarkan projek pembangunan rumah mampu milik khususnya untuk penjawat-penjawat awam dan pasangan yang baru berkahwin.

 

Centaurea (Rumah Teres 1 ½ Tingkat)

  • Keluasan: Jenis A 20’ x 65’ dan Jenis B 22’ x 60’
  • Jumlah unit: 335 unit
  • Bilik: 4 buah
  • Bilik Air: 3 buah
  • Harga: dari RM 237,500

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi pra-pelancaran, korang boleh mendaftar dengan segera di LINK ini.

Sebanyak 4,095 unit rumah teres, Semi-D, dan banglo telah dibangunkan di atas 777 ekar tanah di kawasan Bandar U Seri Iskandar serta dilengkapi dengan 375 unit pejabat dan premis komersial. Dengan harga yang mampu milik, pembangunan di bandar ini boleh dikatakan antara pembelian yang berbaloi!

Apa yang korang perlu tahu tentang Bandar U?

  • Berhampiran laluan utama Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
  • Mempunyai kemudahan pengangkutan awam (KTM Batu Gajah dan Terminal Bas Seri Iskandar).
  • Pelbagai kemudahan untuk korang yang berminat shopping (Tesco, Econsave, dan D’ Mall).
  • Mudah untuk akses ke pejabat-pejabat kerajaan (Majlis Daerah Perak Tengah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar, Lembaga Air Perak, Syariah Court SI, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah, PTG Perak Tengah, JKR Perak Tengah dan Pejabat RISDA).
  • Lokasi yang strategik untuk pembelajaran kerana berhampiran dengan pusat-pusat pendidikan (SMKA Sultan Azlan Shah, Kolej Vokasional Seri Iskandar, SMK Seri Iskandar, SK Seri Iskandar, SK Iskandar Perdana, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kolej Professional MARA).
  • Menyediakan premis-premis komersial (makanan) dan hiburan (D’ecolake, mmCineplexes, KFC, Pizza Hut, McDonald’s, Domino’s, Secret Recipe dan Subway).
  • Mempunyai fasiliti kesihatan (Klinik Kesihatan Seri Iskandar, Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Iskandar, Klinik Cure & Care dan Agensi Antidadah Kebangsaan)

Nampak menarik dan berminat? Korang bolehlah pergi ke laman web Hua Yang yang disediakan di SINI untuk ketahui lebih lanjut mengenai projek perumahan. Korang boleh menghubungi Cik Dira  dan En. Terry atau kunjungi BUSI – Huayang Sales Gallery di alamat: No. 1, Jalan PP5, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak (Waze: https://waze.com/ul/hw0zbcfdc). Jika betul-betul berminat pula, korang boleh membuat pendaftaran menerusi laman web yang disediakan INI.

Adib Mohd