Siakap Keli
Gambar Via Nazirul Anwar Rahmat

“Running” 367km Sebulan & Berbasikal 1300km Seminggu, Lelaki Hampir Maut Gara-gara Bersukan Tak Ingat Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gaya hidup sihat seperti bersenam sememangnya perlu diamalkan oleh setiap orang kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan merupakan salah satu ‘kunci’ kepada kehidupan yang lebih sejahtera.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa senaman yang dilakukan secara keterlaluan juga sebenarnya boleh mendatangkan keburukan kepada tubuh badan. Justeru, berpada-padalah dalam bersenam dan lakukannya mengikut kemampuan diri.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini, pengguna Facebook, Nazirul Anwar Rahmat ada memuatnaik satu perkongsian mengenai keadaan dirinya yang terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah hernia dan ia diburukkan lagi dengan tabiat senamannya yang berlebihan.

Menurut Hello Doktor, hernia atau angin pasang adalah keadaan di mana kandungan pada satu-satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.

Selalu mengangkat objek berat dikatakan boleh menjadi salah satu punca kepada masalah ini.

Dalam situasi Nazirul, dia percaya bahawa tabiatnya yang bersukan secara berlebihan menjadikan hernia yang dihidapinya bertambah kronik.

Untuk ketahui lebih lanjut masalah yang dihadapinya, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Terobek Last Run & Last Ride sebelum Operation

Lepas ni cuti panjang, teda suda aktiviti pagi dan petang. Doktor dah nasihatkan 3-6 bulan jangan buat sebarang aktiviti lasak termasuk angkat berat dan bersukan. Ingat ya kawan-kawan, bersukan untuk kesihatan bukan kesakitan. Cukup lah sehari sekali atau seminggu 5 kali buat aktiviti. Elok-elok sihat jadi sakit pun susah juga.

Baru-baru ni saya kena operation, buat saya sedar jangan overtrain. Penyakit saya bukan 100% daripada bersukan, tetapi dia menjadi bertambah kronik disebabkan saya bersukan tak ingat dunia. Mentang-mentang anak bini jauh, duduk sorang-sorang, habis pagi petang dihantam.

Gambar Via Nazirul Anwar Rahmat

Sekarang menyusahkan anak bini suda, bikin durg risau ja. Dalam dua tiga bulan ni kerja gila saya pernah buat running 367 km dalam masa sebulan. Cycling 1300km dalam masa seminggu. Bodohkan tuan puan? Macam mana tak sakit.

Ramai yang tanya sakit apa? mcm mana bulih jadi? Tiba-tiba sakit, sampai di kecemasan doktor bilang kena operation sebab ada risiko kematian. Uinaaa tanjat boboi. Katanya indirect hernia, usus menekan dinding perut yang lemah. So doctor tanya ada buat kerja berat? teda. Merokok? teda. Batuk kering? teda. Selalu angkat berat? pun teda. TAPI sy selalu amalkan set up, push up and tekan tubi setiap pagi dan petang.

Dan saya kebiasaannya akan berbasikal waktu pagi, running waktu petang. Ada kemungkinan cara saya yang berlebihan atau tidak betul mengakibatkan tekanan yang melampau kepada otot perut. So jalannya operation, tolak balik lemak dan usus yang jatuh, tampalkan jaring dinding yang baru kemudian jahit semula.

Gambar Via Nazirul Anwar Rahmat

Jadi apa ko rasa? Allahu sakitnya jangan cakap macam orang bersalin operation kali. Paling sakit masa berjalan, bersin dan batuk. Setiap kali salah step, macam kana hiris daging dengan kertas A4 double A 70gsm.

Kesimpulannya, kalau bukan atlit jangan la training macam dato jijol. Ingatlah orang tersayang. Sukan untuk sihat bukan untuk sakit. Ukur baju badan sendiri, buat sesuatu ikut kemampuan ya.

Sumber: Nazirul Anwar Rahmat

Sofea

There's always another side to every story