Satu video melucukan yang memaparkan telatah seekor anjing seakan ‘menganjing’ tuannya telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut dikongsikan oleh satu akaun TikTok bernama @raazyyqz.
Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa kaki perakam video itu dibalut dengan kain kerana dipercayai mengalami kecederaan.
Ketika dia mula membuka pintu rumahnya sambil berjalan terencot-encot.
Sewaktu anjing tersebut menyedari tuannya sudah balik dan berjalan dengan cara sebegitu, dia turut meniru seakan mengejek cara tuannya itu berjalan.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak 14 juta kali.
@raazyyqz Dasar Anj 😭 #fyp #btsanjing #xyzbca #crunknown
Sumber: @raazyyqz