Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di 7 buah negeri.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 1:45 tengah hari tadi menunjukkan sebanyak 6 negeri dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 5 manakala Perak dan Johor dijangka sehingga 4 petang.
I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera) • Selangor (Hulu Selangor) • Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) • Sarawak: Kuching, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song) sehingga 5:00 petang; Ahad, 12 September 2021.
II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama) • Johor (Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 4:00 petang; Ahad, 12 September 2021.
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/cVb0ZT0JM8
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) September 12, 2021
Sumber: MetMalaysia