Siakap Keli
Kredit: Daily Star

Berpakaian Seperti ‘Nun’, Aksi Wanita Seakan ‘Menari’ Dengan Model Rangka Manusia Di Tapak Kubur Undang Tanda Tanya

Seorang wanita yang berpakaian seperti biarawati membuatkan orang ramai tercengang apabila bertindak menari bersama satu model rangka manusia ditemani rangka anjing di sebuah tapak perkuburan.

Menurut Daily Star, kelibat wanita itu telah dirakam salah seorang saksi di Hull General Cemetery, United Kingdom.

“Dia sedang menari dengan rangka. Ia betul-betul menarik perhatian ramai, orang berhenti untuk melihat, begitu juga mereka yang berada di dalam kereta,” kata salah seorang saksi seperti dipetik portal itu.

Salah seorang saksi lain pula berpendapat aksi wanita itu mungkin merupakan sebahagian daripada projek seni atau lakonan semata-mata.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 11 September di salah satu perkuburan bersejarah yang menempatkan mangsa-mangsa penyakit kolera yang meninggal dunia sejak tahun 1847.

Tambah portal tersebut, tapak perkuburan itu terus digunakan sehingga ia ditutup pada 1972 dan tidak lagi berfungsi sehingga hampir 50 tahun.

Kredit: Hull Live via Daily Mail
Kredit: Hull Live via Daily Mail

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.