Tidak menyedari malang menanti, seekor anak itik yang berenang berhampiran seekor burung pucung atau dikenali sebagai bangau kecil menjadi santapan pemangsa tersebut ketika sedang mengekori ibunya.
Dalam kompilasi gambar dikongsikan jurugambar Randy Wei, anak itik tersebut sedang berenang bersama induknya di sebuah kolam di Huntington Park sebelum ia disambar seekor pemangsa yang sedang memburu ikan di sana.
“Ia berenang terlalu dekat dan terlalu selesa berhampiran burung pucung besar itu,” katanya seperti ditulis Daily Mail.
“Burung pucung itu berdiri keras, menunggu ikan sebelum secara tiba-tiba saya terdengar bunyi sayap berkipas dan air terpercik.”
Katanya, burung pemangsa itu telah menangkap salah seekor anak itik dalam paruhnya dan mangsa menjerit sambil cuba melepaskan diri.
“Ia berlaku cukup pantas dan salah seekor anak itik itu sudah berada di dalam paruhnya (burung pucung) dan kemudian masuk ke dalam perutnya,” tambah Randy.
Tambah portal itu, burung pucung merupakan karnivor yang memakan ikan, serangga, rodensia bersaiz kecil serta anak burung.





Sumber: Daily Mail