Siakap Keli
Gambar via Bernama

Ini Ringkasan Sidang Media Pengoperasian Sekolah & Perkara Penting Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang media khas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengenai pembukaan sesi persekolahan akan datang.

Antara perkara yang diumumkan ialah pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mengikut fasa PPN serta sistem penggiliran murid ke sekolah mengikut kumpulan masing-masing.

Berikut merupakan intipati pengumuman beliau sebentar tadi seperti diringkaskan Bernama.

  1. Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Okt
  2. Kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu
  3. Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu
  4. Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas
  5. Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran
  6. Fasa 1 PPN: Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR
  7. Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran
  8. Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022
  9. Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan
  10. Murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022
  11. Ibu bapa diminta beri perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian
  12. Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di sekolah
  13. Murid dibenarkan hadir tanpa uniform, tetapi pakaian perlu sesuai, sopan dan kemas
  14. Kelas pendidikan jasmani dibenarkan, aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan
  15. Murid bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah, ujian saringan COVID-19 turut dijalankan
  16. Ibu bapa tidak hantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman COVID, tidak dianggap kesalahan disiplin dan tiada surat amaran
  17. Sekolah yang ada kes positif COVID perlu maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut
  18. Semua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.