Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Pasangan Suami Isteri Di Sweeden Dilarang Namakan Anak Vladimir Putin

Agensi cukai di Sweeden dilaporkan telah melarang  pasangan suami isteri menamakan anak mereka Vladimir Putin.

Menurut Daily Mail, permohonan untuk menamakan anak lelaki mereka sebagai presiden Rusia itu telah dikemukakan kepada agensi cukai, seperti yang telah tersyarat dalam undang-undang Sweeden.

Mereka dipaksa untuk mengisi semula borang dan menulis nama yang lain.

Pun begitu, alasan agensi tersebut melarang penggunaan nama itu tidak dinyatakan. Namun, difahamkan, sesetengah nama sememangnya akan dilarang jika ia boleh menyinggung perasaan atau boleh menimbulkan ‘ketidakselesaan’ kepada anak pada masa akan datang.

Antara nama yang pernah dilarang oleh agensi itu sebelum ini termasuk Allah, Ford, Michael Jackson, Pilzner, Q dan Token.

Ada ibu bapa yang boleh menerimanya dan ada juga yang tetap berkeras dengan keputusan mereka. Pada tahun 2007, satu pasangan suami isteri dilaporkan berjaya membatalkan larangan yang ditetapkan oleh agensi cukai dengan menamakan anak perempuan mereka Metalicca.

Sementara itu, antara nama yang paling popular untuk anak lelaki di Sweeden pada tahun 2019 adalah Lucas, Liam dan William.

Manakala, bagi anak perempuan pula, nama yang paling popular adalah Alice, Olivia dan Astrid.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.