Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pelancong Luar Negeri Guna Pesawat Udara Ke Langkawi Tidak Perlu Surat Polis – Khairy

Hanya pelancong yang menggunakan jalan darat untuk ke Langkawi memerlukan surat polis bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu mengemukakan surat polis bagi tujuan program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” katanya.

Terdahulu, kerajaan telah membenarkan pembukaan Langkawi pada 16 September ini untuk para pelancong melalui program gelembung pelancongan bagi ekonomi tempatan.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.