Siakap Keli
Kredit: Bernama TV

Pembukaan Sekolah: Murid Dibahagi Kepada 2 Kumpulan, Kapasiti Kelas Dihadkan 50% Sahaja – Dr Radzi Jidin

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sesi persekolahan akan dibuka mengikut fasa.

Jelasnya dalam sidang media hari ini, murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kapasiti 50 peratus bagi setiap kelas.

“Apabila sekolah dibuka semula berdasarkan fasa-fasa, perkara paling penting adalah supaya kehadiran ke sekolah pada satu-satu masa adalah hanya 50 peratus daripada keseluruhan,” katanya.

Tambah beliau, murid dalam sesuatu kelas akan bergilir-gilir ke sekolah setiap minggu mengikut kumpulan masing-masing.

Bagi kumpulan yang tidak ke sekolah, mereka akan mengikuti sesi PdPR dari rumah masing-masing, ujarnya.

Tambahnya lagi, murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara yang tidak terlibat penggiliran kelas.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.