Bila berkunjung di tempat penginapan di Malaysia, biasanya pihak hotel akan sediakan siap-siap panduan arah kiblat untuk pengunjung-pengunjung beragama Islam.
Disebabkan rata-rata penduduk di Malaysia adalah Muslim, dah jadi kebiasaan pihak hotel untuk tandakan arah kiblat bagi memudahkan kita solat.
Jadi kalau nak solat di hotel boleh terus solat je, tak payah dan nak tanya reception arah kiblat kat mana. Nak solat pun cepat je tak ada masalah.
Tapi macam mana pula kalau berkunjung ke tempat penginapan luar negara? Kena bawak kompas ke?
Melalui video yang diunggah melalui akaun TikToknya, Chef Bob berkongsi salah satu cara yang boleh bantu tentukan arah kiblat dengan mudah dan sangat praktikal untuk Muslim.
Korang boleh taip je laman web Qibla Finder di Google dan klik pautan tersebut. Tak payah download aplikasi pun untuk guna Qibla Finder ni.
Lepastu korang ikut je arahan mudah yang diberikan dan Qibla Finder akan paparkan arah kiblat di tempat korang. Nanti arah kiblat akan ditunjukkan melalui indikasi berbentuk Kaa’bah di skrin telefon pintar korang.
Nak tahu lebih lanjut macam mana nak guna Qibla Finder ni, tengok video di bawah.
@chefbob.sg One direction. One love. Lets solat. #QO Day 2. #NDP2021 #tiktoksg #covid19
Senag je kan. Kot-kot nak pergi melancong lepas PKP boleh la pakai Qibla Finder ni untuk cari arah kiblat. Semoga bermanfaat!
Sumber: Chef Bob