Siakap Keli

(Video) Satu Keluarga Positif Covid-19, Anak Tak Sangka Lambaian Ayah Dari Ambulans Jadi Lambaian Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memang tidak dapat dinafikan kehilangan individu yang tersayang amat perit untuk ditelan. Lebih-lebih melibatkan ibu bapa kita sendiri. Walaupun agak suka untuk terima kenyataan, namun sebagai hamba Allah perlu redha dan akur dengan ketentuanNya.

Tambahan pula, musim pandemik ini. Seperti tidak dijangka kita akan kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata.

Arwah meninggal akibat Covid-19

Seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai IekaSanie mengundang sebak orang ramai apabila satu keluarganya dijangkiti Covid-19 dan akhirnya ayah tersayang menjadi korban wabak tersebut.

Menurut anak arwah yang dihubungi sebentar tadi, ayahnya dimasukkan ke wad selama 8 hari sebelum doktor menghubungi mereka sekeluarga memberitahu si ayah sudah meninggal dunia.

Difahamkan keadaan arwah ayahnya kritikal kerana paras oksigen secara tiba-tiba menurun ke bacaan 55 peratus.

Lambaian atas ambulans adalah lambaian terakhir buat keluarga

Ayah memang seorang yang periang…

Apa yang memberi kesan kepada orang ramai adalah sifat ayahnya yang riang dan baik dengan semua orang. Lambaian di dalam video tersebut merupakan lambaian dan pelukan terakhirnya untuk keluarga tercinta.

Semoga arwah Rizalsani atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Tam’ di kawasan perumahannya ditempatkan dalam kalangan 0rang-orang yang beriman. Al-fatihah.

@iekasanie

Al Fatihah #covid #covidfigther #covid19

♬ original sound – iekasanie – iekasanie

 

Sumber: Iekasanie 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang