Siakap Keli

(Video) Ustazah Menangis Sebak, Anak Murid Muncul Serentak Buat ‘Surprise’ Hari Lahir Di Kelas Online

Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau lebih dikenali PdPr ini sememangnya menjadi cabaran utama untuk para guru dan murid. Ya, tidak dinafikan pelbagai masalah yang timbul namun berkat kesabaran seorang pendidik tetap bertungkus lumus menjayakan kelas tersebut.

Namun, lain pula kali ini apabila seorang guru ini menerima kejutan daripada anak-anak murid tersayang sempena hari lahirnya.

“Kenapa ustazah tak nampak satu muka pun, internet ustazah probelm ni…”

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok, Mohamad Haris tetang seorang guru sebak dan terharu apabila anak-anak murid menyambut hari kelahirannya walaupun pada awalnya guru ini seakan pelik kerana tiada siapa yang masuk di dalam kelasnya.

Siapa yang tidak cuak dan terkejut jika tiada sambutan langsung ketika menjalani aktiviti PdPr.

Difahamkan, bagi mengenang jasa guru tersebut mengajar walaupun dalam keadaan serba kekurangan namun semangat yang diberikan oleh pelajarnya membuatkan dia terharu.

@aris_2486

#PDPR

♬ suara asli – Mohammad Harris

 

Sumber: Mohammad Harris

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang