Siakap Keli
Bernama

Amaran Kedutaan Jepun Mengenai Pengganas: Ketua Polis Beri Jaminan Keselamatan Negara Terkawal

Ketua Polis Diraja Malaysia, Dato Sri Acryl Sani dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di dalam negara adalah terkawal.

Hal ini selepas kedutaan Jepun mengeluarkan amaran kepada rakyatnya, kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah-rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Menurut Acryl, setakat ini PDRM tidak mengesan ataupun menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan. Orng ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

 

Sumber: PDRM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)