Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Kami Sedang Berusaha Menyelesaikan Permasalahan Ini,” – CIMB Assists

Rangkaian perkhidmatan perbankan CIMB dipercayai mengalami gangguan teknikal pada hari ini.

Berdasarkan aduan para pengguna di media sosial, sebahagian mereka mengadu tidak dapat menggunakan perkhidmatan atas talian, kad debit, ATM serta mesin deposit tunai.

Berikutan itu, pihak CIMB telah tampil memberi maklumbalas untuk mengatasi masalah berkenaan secepatnya.

“Sebarang kesulitan amat kami kesali. Sila maklum bahawa kami sedang berusaha menyelesaikan permasalahan ini dan akan mengembalikan servis kepada anda secepat mungkin. Terima kasih.”

Bagi pelanggan yang berhadapan masalah ketika menggunakan khidmat deposit tunai pula, CIMB Assists meminta anda menghantar nama penuh, nombor telefon dan emel kepada pihak CIMB untuk bantuan.

Sumber: CIMB Assist

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.