Pernah tak korang nampak macam ada benda-benda terapung kat penglihatan korang? Benda ni kadang-kadang nampak bentuk panjang-panjang macam cacing, kadang nampak macam bintik-bintik.
Warna benda tersebut boleh jadi hitam atau tanpa warna. Tapi ia bukan muncul setiap masa. Sekejap dia ada, sekejap hilang.
Bagi yang dah lama cari jawapan kepada ‘misteri’ benda terapung yang kadang-kadang korang nampak tu, benda ni dikenali sebagai ‘floaters’.
Floaters ni selalunya korang boleh nampak lepas tengok sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.
Mungkin ramai yang tak ambil peduli pun dengan benda terapung ni sebab nampak sekejap je dah hilang. Tapi ada sesetengah keadaan di mana floaters ni boleh jadi serius tau.
Menurut video yang diunggah di akaun TikTok optometrist yang dikenali sebagai Shahira ni, kalau korang nampak floaters banyak dan kilat-kilat, ini bermakna korang dah ada tanda-tanda mata bermasalah yang lebih serius.
@shahiracica saya sendiri pun ada floaters ni 🥲 #optometrist #fyp
Dalam sebuah video berbeza, Shahira turut menerangkan dengan lebih terperinci tentang floaters, termasuk punca benda terapung ni muncul di penglihatan kita.
Nak tahu lebih lanjut, tengok video di bawah.
@shahiracica Reply to @shahiracica
“Ingatkan diri sendiri je nampak”
“10 tahun cari jawapan, baru tahu”
Kalau korang kerap nampak floaters ni, cepat-cepat pergi check mata tau!
Sumber: TikTok @shahiracica