Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Catat Penurunan, 16,073 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Catat Tak Lebih 2k Kes

Angka baru kes COVID-19 semakin menurun dengan 16,073 kes baru dilaporkan hari ini berbanding 19,198 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah sebanyak 1,995,771.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 3,522 kes, diikuti Johor (2,030) dan Selangor (1947).

Bagaimanapun, kes baharu di Selangor semakin menurun dengan 1,947 kes berbanding 2,347 kes semalam.

Berikut merupakan jumlah kes mengikut negeri:
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,947 (643,580)
WPKL – 398 (180,466)
Sabah – 1,649 (175,512)
Johor – 2,030 (166,251)
Sarawak – 3,522 (160,320)
Kedah – 1,191 (119,118)
Pulau Pinang – 1,243 (109,505)
Kelantan – 1,070 (94,804)
Negeri Sembilan – 156 (94,623)
Perak – 1,011 (83,666)
Melaka – 206 (53,449)
Pahang – 878 (52,505)
Terengganu – 704 (43,505)
WP Labuan – 11 (9,887)
WP Putrajaya – 16 (5,748)
Perlis – 41 (2,832)

Sumber: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.