Pengunjung yang menaiki kenderaan persendirian tidak dibenarkan kunjungi ke Langkawi, lapor Bernama memetik kenyataan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri.
Menurut Nancy, sebaliknya, orang ramai digalakkan menggunakan agensi pelancongan untuk berkunjung ke pulau itu.
Sementara itu, pengunjung tidak diwajibkan menjalani saringan sebelum ke lokasi berkenaan, katanya seperti dipetik Bernama.
📌Kenderaan persendirian tidak dibenar bagi kunjungi Langkawi, pengunjung digalak guna agensi pelancongan
📌Saringan COVID-19 untuk kunjungi Langkawi tidak diwajibkan
Sumber: @NancyShukri @MyMOTAC pic.twitter.com/TLTEJ3KMLV
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 13, 2021
Sumber: Bernama