Kucing terkenal dengan skil mendarat mereka yang membuatkan haiwan ini seringkali dapat bertahan biarpun terjun dari tempat tinggi. Pun begitu, adakalanya ia cedera jika mendarat dalam keadaan tidak bersedia.
Seekor kucing di sebuah stadium di Miami berhadapan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian sekitar 30 kaki.
Menurut portal NPR, haiwan tersebut muncul pada bahagian atas stadium dan sempat tergantung sebelum terjatuh.
Nasib menyebelahi haiwan berkenaan apabila para penonton menggunakan bendera untuk menyambut kucing tersebut dipercayai bagi meminimakan impak ke atasnya.
Menerusi video tular di media sosial, kelihatan kucing tersebut bergayut pada kabel dengan kedua-dua kaki hadapannya, sebelum ia terlepas salah satu pegangan dan terjatuh.
Bertindak pantas, penonton yang berada di bawahnya telah membentangkan bendera bagi menyambut haiwan tersebut, mengundang sorakan orang ramai tatkala kucing itu selamat mendarat.
Tonton videonya di bawah.
@thesiakapkeli Kita yg tengok pun nervous jadinya. #BeritadiTikTok #kucing #fyp
Sumber: NPR