Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Google

Abang Rider Terharu, Pelanggan Cacat Penglihatan Sanggup Turun Ambil Makanan Dari Tingkat 25

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai penghantar makanan, bermacam-macam situasi yang mereka hadapi sepanjang menguruskan penghantaran kepada pelanggan. Antara cabaran yang cukup ‘lali’ adalah berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia.

Tapi apa yang dialami oleh seorang penghantar makanan (rider) GrabFood, Mastas Izravenkroft baru-baru ini cukup menyentuh hati. Ini bukan soal kerenah pelanggan yang pelik-pelik, tapi ada cerita lain yang menginsafkan.

Ditakdirkan dia perlu menghantar pesanan makanan kepada seorang pelanggan wanita di Sentul, Kuala Lumpur. Pada awalnya, timbul keraguan dalam hati mengenai wanita tersebut.

Namun, setelah diselidiki dan berhadapan dengan insan itu sendiri, barulah dia sedar siapakah wanita itu sebenarnya. Jom ikuti perkongsian Mastas Izravenkroft dalam GrabFood Rider Malaysia Official seperti di bawah ini.

Customer cacat penglihatan sanggup turun bawah, tak mahu susahkan rider

Gambar: Mastas Izravenkroft

Al-kisah ini hari..

Dapat satu order Mekdi kat Sentul. Item ada 7 barang. 2 paper bag besar, 1 aiskrim, 1 Milo ais. Bawak la hantar ke lokasi Condo customer. Selalu terus je hantar kalau cust tak remarks apa-apa yang important.

Sampai aje call la customer. Cust pun kata la, “Dik, barang tu macam mana ye?”. Dalam hati dah semacam kenapa akak ni. Tanpa segan-silu cakap la apa rupa items ni.

Then cust cakap “Adik boleh tunggu tak?”. “Apa tak bolehnya kak? Boleh je takda hal,”. Habis call, rasa pelik so check balik Remarks. Rupa-rupanya cust tu ‘Blind’. OMG.

Dalam 10 minit gitu akak tu pun turun. Rasa sebak pulak tengok dia bawak beg nak letak barang. 1st ungkapan aku pada dia, “Akak saya minta maaf. Saya tak perasan,”. 

Akak ketawa je sambil bagitahu, “Akak taknak susahkan rider. Kesian kat korang ni berpanas berhujan cari rezeki..”. Walaupun cuaca panas, kelopak mata aku dah rasa macam nak hujan ni.

Kalau angin tiup mau lebat gugur hujan ni. Adeh..aku pun letak la semua makanan dia dalam beg tu. Sekali lagi aku meminta maaf pada akak yang bagi aku begitu hebat dalam kalangan cust yang pernah aku temui. Sekian..

Turun dari tingkat 25

Menurut info tambahan di ruangan komentar, Mastas menjelaskan bahawa pelanggan wanita buta ini tinggal di tingkat 25. Siapa sangka, dek kerana hanya kasihankan penat lelah rider, wanita kurang upaya ini sanggup turun sendiri ke bawah.

Kisah Mastas ini menerima pelbagai maklum balas positif daripada rakan-rakan rider GrabFood yang lain. Rata-rata mereka turut tersentuh hati melihat budi pekerti yang ditonjolkan oleh wanita ini walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Difahamkan, Mastas bukanlah sengaja untuk tidak mahu naik ke atas. Dia cuma tertanya-tanya pada awalnya mengenai panggilan telefon tersebut, sebelum menyemak kembali ‘Remarks’ yang tertera pada aplikasi.

Kisah ini mengajar kita tentang nilai murni oleh kedua-dua pihak, iaitu rider dan pelanggan. Kedua-dua mereka saling mahu membantu dan memiliki ihsan yang tinggi. Semoga mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan olehNya.

Amin.

Sumber: Mastas Izravenkroft melalui GrabFood Rider Malaysia Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.