Tidak lama selepas tular kisah seorang lelaki menikahi dua wanita sekaligus di Sumatera Selatan, kali ini tular pula kisah serupa di mana seorang remaja lelaki berkahwin dengan dua kekasih sebayanya.
Menurut SuaraSumsel.id, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah menikahi dua gadis seusianya sekaligus dalam satu hari di Musi Rawas Utara baru-baru ini.
Kongsi Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga remaja berkenaan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.
Malah, datuk kepada kedua-dua pengantin perempuan merupakan saudara antara satu sama lain, tulis portal itu.

Tambah Wildan, pernikahan tiga remaja itu telah dilaksanakan di rumah pengantin perempuan, masing-masing dengan selang masa dua jam.
“Pernikahan ini direstui oleh kedua keluarga meski ketiga-tiganya masih anak-anak dan tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” kata Wildan.
Sumber: SumselSuara.id