Bila nak beli telefon pintar jenama Apple ni, mesti ramai yang terfikir-fikir nak beli set apa kan. Maklum la harga sebijik iPhone bukanlah murah, jadi mestilah kita nak yang masuk bajet tapi berbaloi kan.
Selain Newset, ada macam-macam lagi set iPhone yang boleh didapati di pasaran. Salah satu set iPhone yang sering kita dengar adalah set refurbish.
Walaupun set refurbish ni selalunya dijual dengan harga yang lebih murah, tapi ia bukan bermakna iPhone tu tak original. Tapi nak kata secondhand pun tak jugak. Refurbish ni sebenarnya set yang ada masalah kecil tapi tak melibatkan motherboard dan sudah dibaiki.
Malah di laman web rasmi Apple pun ada dijual set iPhone refurbish yang sudah diuji dan diiktiraf oleh pihak Apple sendiri. Tapi macam mana pula kalau nak beli set refurbish di kedai telekomunikasi yang bukan Apple Center?
Bagi yang nak beli iPhone set refurbish tapi takut ditipu penjual, video yang diunggah di akaun TikTok @bunkrotii ni mungkin boleh bantu korang untuk tahu lebih lanjut tentang set refurbish.
Menurut perkongsian lelaki tersebut, korang boleh ‘kenal’ set refurbish ni daripada kotak je. Kotak set refurbish sama macam packaging set baharu pada umumnya. Di luar kotak ni jugak korang boleh tengok kod yang dilabel dengan RFB, yang bermaksud refurbish.
Bagi yang keliru antara set refurbish dengan recond, bezanya set refurbish disediakan setahun waranti dengan Apple Center manakala recond hanya ada waranti kedai tempat korang beli je.
Tambahnya, set refurbish ni lebih kurang sama dengan set iPhone baharu dan berbaloi untuk dibeli sebab kalau ada apa-apa masalah korang boleh claim di Apple Center seluruh Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut tentang iPhone refurbish, tengok video di bawah.
@bunkrotii Share dekat kawan2 koraang supaya dapat ilmu baru dan tak kena tipu ‼️⚠️ #iPhone
♬ original sound – Bangroti jual iPhone – Bangroti jual iPhone
Kot-kot ada yang nak beli set refurbish iPhone 13 yang akan keluar nanti, semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang.
Sumber: TikTok @bunkrotii