Siakap Keli
Gambar: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Malaysia Bagi Seluruh Negara

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca sempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini. Ramalan tersebut meliputi seluruh negara mengikut jangkaan pada hari tersebut.

Melihat kepada ramalan cuaca yang dikeluarkan, hujan dan ribut petir dijangka melanda di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Jphor Timur, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selain daripada yang dinyatakan, tempat-tempat lain dijangka mengalami cuaca baik tanpa hujan pada hari berkenaan.

Beralih pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di semua negeri di Malaysia.

Lain pula di sebelah malam, hujan dijangka di satu dua tempat di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah manakala lain-lain tempat tidak mengalami hujan.

Kredit: MetMalaysia

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.