Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Kerajaan Cadang Kurangkan Sejumlah 181 SOP PPN Kepada 10 – Hishammuddin

Kerajaan akan berbincang pengurangan SOP daripada 181 kepada 10 SOP dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, buat masa ini, terdapat 181 SOP yang merangkumi keempat-empat fasa PPN. Kesemua SOP ini akan diperkemaskan sebelum peralihan ke fasa endemik, katanya.

“Bagi menentukan bagaimana SOP-SOP sedia ada ini dapat diperkemaskan, kerajaan tidak hanya mengambil kira data-data sains khususnya daripada KKM, tetapi juga maklum balas serta pandangan daripada pakar-pakar dan golongan industri.

“Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa,” tambahnya.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.