Siakap Keli

(Video) “Kalau Tak Bunyi Apa-apa Nanti Orang Ingat Kita Pun Dah Tertukar Dah” – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, walaupun memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan telah dimeterai, pihak pembangkang akan tetap komited memainkan peranan semak dan imbang.

Memetik sedutan video di Parlimen seperti yang dikongsikan AWANI, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia adalah demi memastikan pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab terhadap Parlimen.

“Kerajaan dan Pakatan Harapan bersetuju bahawa apa perkara sekalipun yang terkandung di dalam Memorandum Persefahaman ini yang akan memberi kesan terhadap peranan, hak dan tanggungjawab Pakatan Harapan untuk menyemak imbang, mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap Parlimen.

“Termasuk memastikan ketelusan, integriti dan keberkesanan kerajaan dalam mengendalikan isu-isu rakyat. Ini di bawah tajuk Tugas dan Peranan Pakatan Harapan Sebagai Pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menambah, tindakan semak dan imbang itu dikira sesuai dijalankan berikutan posisi pihaknya yang masih berperanan sebagai pembangkang.

“Jadi sebab itu kalau tadi ada sedikit pergelutan kecil pengerusi, ini sesuailah dengan pembangkang. Sebab kalau tak bunyi apa-apa orang ingat kita pun dah..tertukar dah,” katanya.

Sumber: AWANI 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'