Siakap Keli
Gambar: Bernama

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 7 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan 7 buah negeri.

Dalam makluman tersebut, terdapat 5 negeri yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 4 petang manakala 3 negeri sehingga jam 3 petang.

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Hilir Perak dan Muallim) • Pahang (Raub dan Bentong) • Selangor (Sabak Bernam) • Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) • Sabah: Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 4:00 petang; Rabu, 15 September 2021.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor (Kulai dan Kota Tinggi) • Sarawak: Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga 3:00 petang; Rabu, 15 September 2021.

Sumber: MetMalaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.