Siakap Keli
Gambar: TikTok @afzanabubakarr

Cara Paling Mudah Nak ‘Transfer’ Chat Whatsapp Dari iPhone Ke Android, Peniaga Online Perlu Tahu

Bila beli telefon baru atau bertukar telefon, perkara yang selalu jadi masalah ialah nak pindah data dari phone lama ke phone baru, tambahan pula chat-chat kat WhatsApp.

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan yang dah tak asing lagi di Malaysia. Baik pengguna telefon pintar iPhone atau Android, pasti aplikasi ni antara yang wajib ada dalam telefon masing-masing.

Aplikasi WhatsApp ni selalunya jadi platform utama untuk kita berhubung dengan orang-orang terdekat. Jadi banyak data-data penting seperti chat history, gambar dan fail yang memang sayang kalau hilang.

Melalui video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @afzanabubakarr, wanita ini tunjuk cara-cara nak transfer data WhatsApp dari iPhone ke Android. Video ini mendapat 432.2 ribu tontonan di TikTok setakat ini.

Cara yang dikongsikan ni sangat senang, sebab korang tak payah muat turun aplikasi lain pun. Tinggal bukak Setting atau Tetapan di aplikasi WhatsApp dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Nak tahu macam mana, tengok video di bawah.

@afzanabubakarr

transfer whatapp dari iPhone ke android #akupercaya #ansuranphone #afzanvalley

♬ Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius

Sumber: TikTok @afzanabubakarr

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.