Dalam satu kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yaacob hari ini telah mengumumkan negeri Terengganu akan beralih dari fasa 2 ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa mulai 17 September.
Antara SOP yang telah ditetapkan bagi negeri-negeri fasa 3 adalah:
- Rentas dareah dibenarkan
- Rentas negeri (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) tidak dibenarkan kecuali pasangan jarak jauh, anak jarak jauh dan individu yang telah diluluskan pergerakan oleh KKM dan PDRM.
- Pergerakan bagi individu yang telah lengkap divaksin dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan. Individu dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
- Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja yang melibatkan hotel dan homestay untuk individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja.
- Tetamu yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ketika mendaftar masuk.
- Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
SOP penuh anda boleh rujuk di laman web rasmi Majis Keselamatan Negara di pautan SINI
Terus patuhi SOP supaya kita segera boleh beralih ke fasa Endemik yang dijangka akhir Oktober nanti. Jangan lupa juga untuk mendapatkan vaksin Covid-19, daftar di MySejahtera atau ‘Walk-In’ di mana-mana PPV yang dibenarkan.
Pengambilan vaksin bagi melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19 dengan gejala yang teruk dan boleh mengurangkan risiko kematian akibat virus ini. Sama-sama kita lindung diri, lindung semua.
📍 Terengganu beralih ke Fasa Tiga PPN berkuat kuasa 17 Sept
📍 Aktiviti sektor pengurusan perhutanan dibenarkan mulai 17 Sept bagi negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga PPN
Sumber: PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/5KsxFKZEJn
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 15, 2021
Sumber: Bernama