Siakap Keli
Gambar: Google

Saraf Deria Boleh Rosak, Ini Padah Mungkin Terjadi Pada Badan Jika Makan Vitamin Secara Berlebihan

Pasti ramai diantara kita semua yang mengambil vitamin tambahan untuk tujuan tertentu.

Ada yang ambil vitamin untuk jaga kulit, ada yang ambil untuk elak penuaan dan ada juga yang ambil vitamin ini untuk menguatkan sistem imun terutamanya dalam era pandemik ini.

Namun begitu, pengambilan vitamin ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.

Manakan tidak, jika ambil sesuatu vitamin itu secara berlebihan, ianya mungkin dapat memberikan kesan yang tidak baik kepada badan di kemudian hari.

Pusat Racun Negara melalui perkongsian di akaun Facebook rasminya ada menjelaskan berkenaan perkara ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Pengambilan dos vitamin yang berlebihan

Tentunya anda pernah mendengar pepatah, “terlalu banyak perkara baik boleh menjadi perkara buruk.” Pengambilan vitamin yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

Ini mungkin kedengaran bertentangan dengan pendapat umum kerana vitamin sering digalakkan pengambilannya sebagai tambahan kepada nutrien yang mungkin kurang dalam diet kita.

Dos vitamin yang sesuai

Dos vitamin yang sesuai adalah berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada jantina, umur, dan juga mengambil kira jika individu tersebut sedang hamil, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan yang tertentu.

Terlebih dos (‘overdose’) vitamin boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengambil dos yang lebih banyak daripada keperluan harian dan untuk jangka masa yang panjang.

Walaupun badan kita dapat mengeluarkan semula kebanyakan amaun vitamin larut air (‘water-soluble’) seperti vitamin C yang diambil secara berlebihan, tetapi badan mengekalkan vitamin larut lemak (‘lipid-soluble’) seperti vitamin A, yang boleh menjadi toksik.

Jadi, jika anda mengamalkan pengambilan vitamin tambahan, ambillah mengikut dos yang disarankan. Sumber vitamin yang terbaik adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sumber: Pusat Racun Negara

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.