Siakap Keli
Gambar Via Iqbal Roslan

“Sehari Sepaku..,” Lelaki Bina Pondok 2 Tingkat Atas Pokok, Hasilnya Sungguh Mempesonakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidup di kampung sememangnya merupakan satu nikmat yang perlu dihargai. Manakan tidak, kampung mempunyai ketenangan dan keindahan alam yang sangat sukar untuk digambarkan.

Bayangkan jika dapat pulang ke kampung pada ketika ini dan dapat mengelak dari hiruk-pikuk yang dirasai di bandar, pasti hidup akan rasa lebih tenang.

Mungkin ada yang rindu untuk menatap pemandangan di kawasan perkampungan, SK kali ini akan berkongsi mengenai pembinaan pondok di atas pokok di Ran Buffalo Farm, Kampung Jabi, Kedah.

Mungkin pada awalnya dilihat seperti biasa-biasa sahaja namun apabila ia disiapkan, hasilnya sangat mempesonakan, sesuai dengan latar pemandangan di kawasan itu.

Gambar Via Iqbal Roslan
Gambar Via Iqbal Roslan

Pembinaan pondok itu telah dikongsikan oleh Iqbal Roslan di Facebook beberapa minggu yang lalu.

Menurutnya, pondok dua tingkat itu dibina oleh ahli keluarga dan saudara terdekatnya dan telah disiapkan dalam masa sebulan sahaja.

Gambar Via Iqbal Roslan
Gambar Via Iqbal Roslan

Ditanya jika kawasan itu menerima kunjungan orang ramai atau tidak, Iqbal mengatakan bahawa mungkin keluarganya akan membuka kawasan itu untuk kunjungan orang ramai pada masa akan datang.

Buat masa la ni tak buka lagi untuk orang ramai sebab berjaga-jaga dari COVID-19,” katanya.

Gambar Via Iqbal Roslan
Gambar Via Iqbal Roslan

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai yang kagum melihat hasil pembinaan pondok tersebut.

Sumber: Iqbal Roslan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.