Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Terima Kasih KJ. MOTAC Sambut Baik Apa Jua Langkah..” – Nancy Shukri

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri dalam ciapannya sebentar tadi memaklumkan bahawa MOTAC menyambut baik apa jua langkah yang boleh memperkemas dan menambah baik prosedur demi memastikan projek rintis Pelancongan Gelembung Langkawi selamat dan kekal ‘hijau’.

Perkara ini berikutan pengumuman Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengenai pelancongan yang akan ke Langkawi bermula 16 September wajib menjalani ujian saringan COVID-19.

Tambahnya, dia turut menyarankan agar pelancong datang ke lapangan kapal terbang ataupun jeti lebih awal supaya tidak berkejar-kejar sebelum bertolak.

Menutup ciapan ringkasnya itu, Dato’ Sri Nancy Shukri juga meminta semua pelancong untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Nancy Shukri

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.