Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: KPKT Perkenal Rumah IKRAM KPKT Untuk Rakyat Malaysia Terjejas, Kadar Sewa Minimum RM124 Sebulan

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada hari ini memperkenalkan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT sebagai satu lagi usaha kerajaan membantu rakyat.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Rumah IKRAM KPKT adalah untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Menerusi Siaran Media yang dikongsikan Bernama, kadar sewa Rumah IKRAM KPKT adalah minimum RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun. 1,000 Rumah IKRAM KPKT juga disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa