Siakap Keli

(Video) Bakal Pengantin Boleh ‘Booking’ Saringan Ujian HIV Dengan Mudah Di MySejahtera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, setiap bakal pengantin yang mahu berkahwin hendaklah menjalankan ujian saringan HIV pra-perkahwinan di hospital mahupun di klinik kerajaan.

Kini, urusan tersebut dimudahkan di mana pengguna boleh menempah janji temu ujian saringan HIV pra-perkahwinan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun @apat.zaki di aplikasi Tiktok, dia menunjukkan langkah-langkah mudah yang boleh diikuti bagi mereka yang ingin menggunakan kemudahan ini.

Cara booking HIV test dari MySejahtera:

1. Buka MySejahtera

2. Klik Digital Heatlh

Gambar: MySejahtera

3. Klik Clinic Appointment Booking

4. Klik Queuemed

5. Pilih Negeri & Daerah

6. Pilih “government” pada jenis klinik

 

7. Pilih klinik yang berdekatan dengan anda

8. Cari Saringan HIV Pra Perkahwinan

9. Klik Book Now

10. Pilih tarikh yang tersedia

11. Pilih masa

12. Boleh tanda untuk ‘diri sendiri’ atau pasangan anda

13. Isi maklumat peribadi anda dan salinan resit janji temu akan dikeluarkan.

Video yang telah meraih lebih 100 ribu tontonan ini sangat bermanfaat kepada bakal pengantin yang belum membuat ujian saringan HIV kerana cara untuk membuat janji temu menggunakan aplikasi ini sangat mudah.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa warganet ada bertanyakan soalan lain berkaitan dengan perkara ini yang mungkin juga menjadi tanda tanya bakal pengantin yang lain.

“Mesti ambil dengan partner or boleh ambil asing-asing ya?”

“Kalau tidak isi borang nikah dulu bolehkan? “

Menurut warganet, MySejahtera bukan sahaja boleh membuat janji temu saringan HIV malah temujanji kesihatan yang lain juga boleh dilakukan.

“Untuk booking appointment lain pun boleh…”

Untuk lebih jelas, tonton video di bawah:

@apat.zaki

Reply to @m7abul CARA BOOKING HIV TEST guna MYSEJAHTERA. Semoga membantu. Nak lagi tips sebelum Nikah? Follow IG apat.zaki

♬ Late Night Melancholy Sape Cover – Alif Fakod

Sumber: Tiktok @apat.zaki

"