Siakap Keli

(Video) Hanya Guna ‘Baking Soda’ Dan Pewangi Je, Ini Tips Cuci Karpet Paling Senang, Tak Guna Air Pun

Pernah tak korang basuh karpet di rumah setiap minggu tetapi tetap berbau hapak tambah-tambah lagi bila musim hujan, bukan baju je tak kering karpet yang tebal lagilah mencabar untuk kering.

Kalau karpet tidak kering dengan elok, ia akan mengeluarkan bau hapak yang sangat busuk sehingga menjejaskan bau di dalam rumah. Waktu itu, mulalah nak stres. Jadi, SK nak kongsikan satu tips daripada laman Tiktok ini sangat bermanfaat kepada semua orang terutamanya untuk suri rumah.

Perkongsian daripada laman Tiktok, Nismira ini menunjukkan cara dan tips mudah untuk korang memcuci karpet tanpa perlu menggunakan air. Mudah sahaja.

Katanya, fungsi penggunaan baking soda ini adalah untuk menghilangkan bau hapak dan beri bau kesegaraan pada karpet tersebut. Orang ramai tak perlu membasuh setiap minggu.

1. Vakum terlebih dahulu

2. Campurkan baking soda dan pewangi

3. Sebarkan atas karpet dan tunggu 30 minit

1

4. Kemudian, vakum sekali lagi

@_nismira

Moga bermanfaat 🤸‍♀️#cleantok #homehacks #vacuum #TikTokGuru #My2021 y2021

♬ The Magic Bomb (Questions I Get Asked) [Extended Mix] – Hoàng Read

Sumber: Nismira

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang