Siakap Keli

(Video) Paling Berguna Untuk Geng ‘Rider’, Abang Ini Ajar Cara Pasang ‘Port’ Pengecas Kat Motosikal

Kerja sebagai ‘rider’ penghantar makanan sangat mencabar terutamanya akan menghadapi masalah ketika bateri telefon mereka mula kehabisan. Selain daripada bawa ‘powerbank’, cara ini juga dapat membantu mereka.

Ya, dengan cara ini mereka boleh mengecas bateri di atas motosikal sahaja. Seperti perkongsian daripada pengguna Tiktok nk.savesh menunjukkan cara-cara ‘modified’ motosikal korang secara DIY pengecas telefon.

“Cara buat tempat charge phone di motorsikal. Sangat membantu untuk rider kita. Semoga bermanfaat ye…”

Penggunaan barang untuk proses ini juga tidak mahal, yang penting perlu ada pengecas plug rokok dan fius serta wayar sahaja.

Untuk langkah seterusnya, korang boleh tonton video di bawah yang dikongsikan oleh SK ini.

@nk.sarvesh

Cara Buat Tempat Charge Phone Di Motorsikal.Sangat Membantu Utk Rider2 Kita.Semoga Bermanfaat Ye😊 #lc135 #fyp #DIY #magizchi #yamahalc135

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

 

Sumber: NK.Sarvesh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang