Siakap Keli
Gambar: snoopdogg/flizzow

(Video) Snoop Dogg ‘Layan’ 16 Baris, Kagum Dengan Bakat “International” Rappers Malaysia

Rancangan siri 16 Baris yang dikongsikan melalui YouTube sangat terkenal dalam mengetengahkan bakat-bakat muda serta pemuzik ‘underground’ tanah air.

Tidak dapat dinafikan bahawa, siri tersebut turut mempunyai peminatnya yang tersendiri khususnya mereka yang menggemari muzik jenis rap dan hip-hop.

Namun begitu, siapa sangka bahawa selain dapat menarik peminat muzik tersebut di seluruh Malaysia, siri 16 Baris juga telah mendapat seorang peminat yang baru.

Peminat tersebut bukanlah orang yang sebarangan kerana peminat tersebut adalah seorang bintang rap terkenal Hollywood iaitu Snoop Dogg.

Pada awal pagi tadi, Snoop Dogg telah berkongsikan satu ‘Story’ melalui akaun Instagram rasmi miliknya.

‘Story’ tersebut memaparkan gambar beliau memuji salah satu video daripada siri 16 Baris yang ditontonnya melalui saluran YouTube.

Instagram Story yang dimuat naik oleh penyanyi rap terkenal dunia itu ternyata telah menggembirakan pengasas rancangan tersebut iaitu Joe Flizzow dan Wong Shi Jay, Bunga serta Noki iaitu rapper yang melakukan persembahan dalam episod tersebut.

Menjengah ke akaun Instagram Joe Flizzow, mereka telah berkesempatan untuk mengadakan sesi panggilan Zoom yang berlangsung pada pagi tadi.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

 

Tidak dapat dipastikan apa intipati yang dibincangkan di dalam panggilan Zoom tersebut.

Namun begitu, mungkinkah bakal ada kolaborasi bersama dengan ikon rap terkenal di dunia itu pada masa akan datang?

Peminat-peminat muzik rap dan hip-hop pasti mengharapkan berita gembira hasil daripada panggilan Zoom berkenaan.

Jadi, sama-sama kita nantikan!

Sumber: snoopdogg/flizzow

"