Siakap Keli
Gambar: @eccediary

(Video) Tak Pernah Buka Kamera, Rupanya Pensyarah Ini Sakit, Terpaksa Pakai Tiub Oksigen Tapi Semangat Mengajar

Biarpun menderita penyakit buah pinggang, seorang pensyarah tetap bersungguh mengajar anak muridnya dalam kelas atas talian.

Kisah pensyarah berusia lingkungan separuh abad ini menjadi tular setelah videonya dikongsikan salah seorang anak murid di laman TikTok pada minggu lalu.

Memetik Tribun News, pensyarah tersebut dikatakan sering mematikan kameranya ketika saat mengajar online. Namun demikian, suatu hari, beliau secara tidak sengaja telah menyalakan kameranya, sekaligus menunjukkan wajah yang sedang sakit dan memakai tiub oksigen.

“Ada pensyarah yang dari awal kuliah tak pernah buka kamera. Rupanya selama ni Bapak Edi sakit,” tulis murid tersebut.

Kongsi pengguna itu, pensyarah berkenaan tidak pernah mengeluh mengenai sakit beliau, malah tetap bersemangat menghadiri kelas.

Malah, beliau sempat menitipkan pesanan kepada para pelajarnya agar memanfaatkan masa mereka menuntut ilmu sementara beliau masih ada.

“Beliau sempat berkata masa pertemuan pertama kuliahnya, “Ambillah sebanyak mungkin ilmunya, jangan sia-siakan waktu kalian. Kerana mungkin saya tinggal menunggu masa dipanggil yang Maha Kuasa.”

“Jujur malu dengan diri sendiri yang sihat, tapi kadang tak semangat belajar rajin-rajin,” tambahnya.

@eccediary

Sehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ #bcaxyz #bcazxy

♬ You Are Enough – Sleeping At Last

Video tersebut telah mendapat lebih 4.2 juta tontonan dan lebih 854 ribu tanda suka di mana rata-rata pengguna mendoakan kesihatan pensyarah tersebut.

Semoga Pak Edi cepat sembuh

Sihat selalu pak, terima kasih atas perjuanganmu mengajar mereka

Kalau kelas macam ni, aku menangis jadinya

Sumber: Tribun News, @eccediary

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.