Boling merupakan salah satu permainan yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Tanpa mengenal batasan usia, sesiapa saja boleh menyertainya termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Selain di pusat boling yang telah disediakan, kebiasaannya orang ramai akan mengunjungi pusat membeli-belah untuk bermain permainan itu.
Sesiapa saja pasti akan tertarik dan ‘ketagih’ untuk bermain boling kerana ia adalah permainan yang sangat menarik dan menjadi aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga rakan-rakan.
Seperti yang diketahui, setiap orang akan mendapat mata mengikut pin yang telah berjaya dijatuhkan bagi setiap pusingan. Power lah kalau ada yang dapat strike berturut-turut kerana permainan itu bukan mudah seperti yang disangkakan.
Pin yang telah dijatuhkan akan disusun semula mengikut posisi asalnya. SK yakin pasti ramai yang pernah terbayang bahawa ada para pekerja yang sedang bertungkus lumus disebalik lane boling bagi memastikan pin-pin tersebut disusun semula dengan sebaiknya.
Pun begitu, ia sememangnya tidak berlaku kerana penyusunan semula pin itu menggunakan teknologi sepenuhnya.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, pin boling dilihat tersusun semula kerana ia digantung dengan tali.
Namun, ramai netizen di ruangan komen yang mengatakan bahawa ia mungkin cara penyusunan pin yang lama kerana ada sesetengah pusat boling yang menggunakan mesin pengangkat bagi menyusun semula pin tersebut.
Apapun, tak usah tunggu lagi, jom saksikan video di bawah ini.
@brooklynbowlwilliamsburg Bet you’ve never seen behind a bowling lane before 😉 #brooklynbowl #bowling #bowlingtiktok #livemusic #concert #fyp
Sumber: Brooklyn Bowl Williamsburg