Siakap Keli
Gambar: DG Hisham & Bernama

5 Individu Dikesan Positif COVID-19 Sebelum Berlepas Ke Langkawi – DG Hisham

Setakat jam 12 tengah hari tadi, lima individu didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan sebelum berlepas melalui jalan udara dan laut ke Pulau Langkawi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melalui ciapan di laman Twitternya, seramai 1,250 orang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui terminal feri di Kuala Perlis.

“Sejumlah 2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak lima kes positif COVID-19 telah dikesan.

“Enam orang yang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, kesemua adalah negatif,” tulis DG Hisham.

Tambahnya, baki 12 orang kanak-kanak di bawah tujuh tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

Pun begitu, kesemua kes positif itu adalah kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) utk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri