Siakap Keli
Gambar: Healthline / Muhammad Izzat

Doktor Ini Kongsikan 5 Perubahan Selepas Bersalin Yang Mungkin Tiada Orang Lain Beritahu

Wanita yang baru pertama kali bersalin pasti kurang mengetahui tentang beberapa perubahan yang terjadi pada badan mereka.

Manakan tidak, baru kali pertama melahirkan anak, pasti agak kekok sikit tentang perubahan-perubahan yang terjadi kesan daripada perkara itu. Walaupun pelbagai pengalaman yang telah dikongsikan oleh keluarga atau rakan-rakan, tetapi mungkin akan ada perubahan selepas bersalin yang tiada orang lain beritahu sebelum ini.

Juster daripada itu, doktor bernama Muhammad Izzat melalui akaun Facebook miliknya ada berkongsikan berkenaan perubahan yang berlaku selepas seorang wanita itu bersalin.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Merengat

Menandakan rahim sedang mengecut dan kembali kepada kedudukan dan saiz asal. Lagi ketara kalau tengah menyusu. Ada orang describe rasa mcm nak terberanak lagi, tapi idokler keluar baby lagi, its just feeling of another contraction pain/cramping pain. Kalau teruk sangat sakitnya, boleh la amek normal painkillers.

Sembelit

Disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika pregnancy, pergerakan usus menjadi slow dan boleh sebabkan sembelit. Tak kisah bersalin secara C-section atau vaginal delivery tetap sama. Sembelit ni lebih pronounce untuk ibu yang vaginal delivery yang ada episiotomy – nak berak pun takud, nak kencing pun takud. Bertenang. Boleh je berak macam biasa. Lebihkan air dan makanan berserat tinggi. Kalau masih tak jalan ada ubat sembelit yg boleh membantu.

Perut masih buncit. Ada baby lagi ke?

Walaupun baby da keluar, lebihan lemak, lebihan kulit akan sebabkan perut masih lagi kelihatan buncit. Akan amek masa untuk kembali kepada keadaan asal. Buat senaman ringan, makan secara sihat, yang penting breastfeeding untuk penurunan berat dah lemak yang berlebihan. Pakai bengkung takboleh kempiskan perut. Ingat tu.

Buah dada bengkak

Perubahan biasa juga ketika berpantang. Kena selalu perah susu, tuam sejuk dan panas berselang seli kekadang membantu. Breast engorgement boleh sebabkan ibu demam. Tapi kalau dah terlalu bengkak, sakit sangat, breast bernanah – ni tak normal dah. Perlu jumpa doktor.

Berpeluh malam

Get ready towel atau extra baju tidur sebab sesetengah ibu berpantang boleh berpeluh malam. Berlecak! Perkara ini akan slowly pulih with time, bila hormon da kembali pulih.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.