Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui laman sosial rasmi menyeru agar semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon mendaftarkan institusi masing-masing di Portal Vaksin-Anak-Ku.
Portal Vaksin-Anak-Ku merupakan sebuah portal yang dibangunkan KKM sebagai langkah awal dalam pemberian vaksin kepada remaja.
KKM memberi keutamaan program ini untuk remaja berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.
Vaksin dua dos dari jenis Pfizer akan diberikan kepada individu berusia 12 hingga 17 tahun, mengikut pelan vaksinasi remaja.
Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) turut ditubuhkan untuk memastikan kemulusan program vaskinasi remaja ini.
Kaedah pemberian vaksin remaja adalah seperti berikut:
Kaedah 1 – Secara jangkau luar kesekolah atau institusi berjadual. Bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah di asrama penuh atau harian, janji temu dos 1 akan diberi di klinik swasta atau sekolah berhampiran tempat tinggal. Dos 2 diberi di sekolah atau di lokasi dos 1 diterima.
Kaedah 2 – Di hospital atau klinik kesihatan bagi remaja dengan komorbid.
Kaedah 3 – Janji temu melalui MySejahtera di klinik swasta bagi remaja
yang tidak dapat hadir bersama ibu/bapa atau penjaga.
Ibu bapa dan penjaga kepada remaja turut dinasihatkan untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.
Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon mendaftarkan institusi masing-masing di Portal Vaksin-Anak-Ku.
Ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera. pic.twitter.com/iYwOAfpi1C
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 16, 2021
Sumber: KKM