Siakap Keli
Gambar: TikTok @jambanking_kongmee_oe

(Video) Buat Sebulan Sekali, Ini Cara Nak Periksa ‘Water Heater’ Kat Rumah, Tekan 2 Butang Ni Je

Masa zaman kanak-kanak dulu, mesti ada yang liat mandi pagi sebelum pergi sekolah kan? Mana taknya air punyalah sejuk, sekali jirus pun dah menggigil.

Maka mak-mak kita pun jeranglah air pagi-pagi buta, nak bagi anak dia mandi air panas. Kalau tak memang berjam-jamlah tenung je air tu, tak berani nak jirus ke badan.

Tapi sekarang dah tak macam dulu. Kebanyakan rumah di Malaysia dah ada alat pemanas air atau water heater. Tak payah dah mak jerang air pagi-pagi macam zaman dulu-dulu. Tinggal petik suis je dah boleh mandi air panas.

Water heater ni dah sangat lazim dalam bilik air kita. Pun begitu, alat pemanas elektrik ni tetap perlu diselenggara secara berkala. Hal ini sangat penting bagi memastikan tiada kerosakan berlaku pada alat pemanas air dan ia selamat digunakan.

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @jambanking_kongmee_oe, lelaki ni kongsi cara nak periksa sama ada water heater selamat ke tak untuk digunakan. Cara nak periksa ni sangat mudah, korang boleh buat sendiri je kat rumah.

Pemeriksaan keselamatan water heater ni sebaiknya korang buat seminggu sekali.

Nak tahu macam mana nak check water heater okay ke tidak, tengok video penuh di bawah.

@jambanking_kongmee_oe

CUBE TEST GAISSS DAH BRP LAMA PAKAI KOMEN BAGI TAU #KONGMEE #JAMBANKING #TIKTOKGURU #FYP #diyguru #SELAMATHARIGURU

♬ original sound – JAMBAN KING Steve🚽👑 – JAMBAN KING Steve🚽👑

Sumber: TikTok @jambanking_kongmee_oe

Eyla Azri