Siakap Keli
Gambar: Era Advisory & Hanis Mazlan

(Video) “Hutang Arwah Tak Agih Ikut Faraid Ke?” Abang Ini Jawab Soalan Paling ‘Popular’ Orang Tanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berbicara tentang pembahagian harta pusaka kadangkala mencetuskan pergelutan sesama ahli keluarga. Realitinya, ada yang sampai putus silaturahim kerana ramai yang masih tak faham dengan pengagihan ikut faraid ni.

Isu pengagihan ikut faraid ada yang sampai bertahun baru settle kerana kaedah pengurusan harta yang kurang teratur.

Apa faraid ni sebenarnya sampai ada yang bercakar sebab perkara ni?

Faraid atau harta pusaka bermaksud semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak milik hingga kematiannya.

Menurut laman web rasmi MAIWP, harta pusaka atau faraid termasuk:

  • Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya
  • Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

Hutang arwah kena faraid?

Bila pemilik harta meninggal dunia dan harta dah jadi pusaka, ia perlu diagihkan kepada waris faraid. Tapi macam mana pula dengan hutang yang ditinggalkan arwah sepanjang hidupnya? Kena agih ikut faraid jugak ke?

Menjawab persoalan tersebut, penasihat kewangan yang dikenali sebagai Hanis Mazlan ni tampil memberi penjelasan di laman TikToknya.

Jelas Hanis, salah satu perkara yang umat Islam selalu lupa tentang pusaka adalah hutang. Mereka ambil kira harta je dalam faraid tapi tak bayar hutang si mati.

Sebelum pusaka diagihkan kepada waris faraid, hutang-hutang arwah patut diselesaikan terlebih dahulu. Jadi baki lebihan pusaka atau pusaka bersih ni barulah diagihkan kepada waris secara faraid.

Tambah Hanis, sekiranya pusaka dah habis sebab bayar hutang, maka tiadalah bahagian untuk waris faraid.

Kalau arwah tak tinggalkan apa-apa harta, maka hutang arwah harus dibayar atas ihsan waris.

Nasihat Hanis, sebagai pemilik harta yang bertanggungjawab, sediakanlah sekali dana untuk selesaikan hutang sebagai persediaan jika kelak dijemput Illahi.

Nak tahu lebih lanjut tentang ‘hutang faraid’ ni, tonton video penuh di bawah.

@hanis_mazlan

Reply to @mizhain HUTANG ARWAH KENA FARAID? #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #FinanceGuru #GrowWithTiktokGuru #TiktokMalaysia

♬ Happy Music – Mystix Instrumentals

Sumber: MAIWP, Hanis Mazlan

Eyla Azri