Siakap Keli
Gambar: Aurora Borealis Observatory

(Video) Menakjubkan, Rakaman Pandangan ‘Bird Eyes’ Rentasi Pulau Raih Hampir 10 Juta Tontonan

Bila tengok burung sedang terbang di udara, sudah pasti ada terfikir bagaimanakah pemandangan yang dilihat oleh burung tersebut. Apa tidaknya, dapat terbang bebas di udara, lebih luas sudut pandangan yang boleh dilihat.

Seperti burung helang, haiwan ini dapat berada di udara dalam tempoh yang agak lama. Lebih menarik, ianya biasanya seakan melayangkan badannya di udara untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Satu perkongsian dari  akaun Facebook bernama Aurora Borealis Observatory ada berkongsikan berkenaan pemandangan yang dilihat oleh seekor burung yang sedang merentasi kawasan pulau yang sangat menakjubkan.

Burung tersebut dipasangkan dengan sebuah kamera. Hasilnya amat menakjubkan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 9.8 juta kali dan 139 ribu perkongsian.

Sumber: Aurora Borealis Observatory

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.