Pulau peranginan Langkawi kini dilaporkan meriah dengan kedatangan para pelancong yang mula membanjiri pulau tersebut pada hari ini.
Menurut laporan Bernama, sempena hari pertama Projek Rintis Gelembung Pelancongan, terdapat sekitar 3,200 pelancong dijangka tiba di Langkawi.
Difahamkan, pelancong akan tiba di Langkawi menerusi tiga trip perjalanan feri dari Kuala Perlis, Perlis dan 18 penerbangan dari tiga lapangan terbang utama di dalam negara.
Ketibaan para pelancong ini dilihat dapat mengukir senyuman kepada penduduk pulau Langkawi khususnya yang menjalankan perniagaan.
Manakan tidak, selama beberapa bulan negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti pelancongan di pulau tersebut menjadi sepi dan sekali gus membawa impak yang buruk terhadap pemilik perniagaan di sana.
Banyak perniagaan yang ‘gulung tikar’ kerana tidak dapat menampung perbelanjaan kerana sektor mereka tidak dibenarkan beroperasi.
Namun pada hari ini, pulau Langkawi kembali meriah susulan daripada Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi yang bermula pada hari ini.
Dapat dilihat bahawa pulau tersebut kini dibanjiri dengan kedatangan pelancong. Aktiviti perniagaan juga dilihat semakin hidup.
Namun begitu, pelancong yang berkunjung ke pulau tersebut diharapkan supaya tidak leka dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini kerana wabak virus COVID-19 masih lagi belum reda.
Berikut adalah situasi kemeriahan yang sedang berlaku di Pulau Langkawi:








Sumber: Bernama, MOTAC, Polis Kedah, Langkawi VIRAL