Siakap Keli
Gambar: Tiktok @kwiena

(Video) Seram, Gadis Rakam Kelibat Seakan Pocong Tengah Bersandar Di Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara berkaitan mistik yang kadangkala terjadi di sekeliling kita sememangnya boleh menimbulkan rasa seram. Gangguan seperti bunyi pun sudah cukup meremangkan bulu roma, apatah lagi ketika ia ‘menjelmakan’ diri di hadapan kita secara tiba-tiba.

Lebih menakutkan, apabila terdapat bukti yang jelas seperti rakaman video yang menampakkan kewujudan entiti misteri yang selalunya tidak dapat dilihat secara mata kasar.

Seperti pengalaman seorang gadis ini yang telah merakam satu kelibat dipercayai seakan pocong sedang bersandar di kereta bersama bunyi salakan anjing yang kuat.

Gambar: Tiktok @kwiena

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok  @kwiena, jelas kelihatan penampakan sosok putih itu berada bersebelahan kereta yang diparkir berdekatan rumahnya. Video tersebut dikatakan telah dirakam pada jam 9 malam.

Gambar: Tiktok @kwiena

Namun begitu, tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut yang telah meraih lebih 400 ribu tontonan oleh warganet. Bagaimanapun, ia telah menarik perhatian ramai kerana penampakan itu sangat jelas setelah video itu disunting semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang menonton video beranggapan bahawa rakaman berkenaan adalah benar kerana ia dirakam bersama bunyi salakan anjing.

Apa pula pendapat korang?

“Kalau anjing dah bunyi tu bermakna betul…”

“Dengar anjing menyalak macam tu pun dah tahu…”

“Macam dengar benda tu meraung nangis sama…”

“Betul tu ada jelmaan. Kalau anjing bunyi mendayu macam tu. Dia nampak…”

“Bayi dalam wad semua nangis. Pastu terpandang luar tingkap. Nampak gula-gula ni duk tepi tingkap …”

Tonton video di sini:

@kwiena

Apa pendapat hampa? Ada yang cakap pantulan cahaya 🥵

♬ original sound – Kween.Com – Kween.Com

@kwiena

Reply to @dekmadshottt_ depa marah sungguh la 😂 okok dah edit bagi paham. Pause la utk baca.

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sumber: Tiktok @kwiena

"