Siakap Keli

Wanita Bengang, Dakwa Jiran Jemur Tikar Di Pagar Rumahnya Hingga Susah Nak Keluar, Dah Pernah Tegur

Sebuah video yang memaparkan seorang wanita dipercayai di Indonesia yang bengang akan perbuatan jirannya menjemur tikar di pagar serta pintu rumahnya telah menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok itu, seorang wanita menunjukkan halaman rumahnya dipenuhi dengan kain jemuran jirannya.

Di bahagian pagar dan pintu pagarnya, terdapat banyak karpet besar yang sedang dijemurkan.

Wanita tersebut mengakui bahawa dia sudah memperingatkan jirannya itu untuk tidak menjemur karpet di pintu pagar, tetapi tegurannya itu tetap tidak diendahkan.

Dia juga turut berang kerana sukar untuk masuk dan keluar dari rumah kerana pintu pagar dijadikan tempat karpet tersebut dijemur.

“Ya Allah jiran aku ni, aku dah pernah beritahu jangan sidai di pintu pagar, tapi kenapa dia langsung tak dengar apa aku cakap.

“Ya Allah, pintu pagar buat tempat jemur,” katanya dalam video tersebut.

Beberapa warganet yang melihat video itu berasa curiga jika karpet tersebut adalah milik si pemilik rumah berkenaan.

Walaupun begitu, wanita tersebut menegaskan bahawa kain jemuran itu bukan miliknya. Dia bahkan turut bersumpah.

“Kalau tak pasti itu milik jiran, berani tak sumpah demi Allah dan Nabi Muhammad, hati-hati takut jiran itu tersinggung,” kata seorang warganet.

“Saya tidak percaya bahawa ianya adalah karpet jemuran jirannya,” tulis warganet lain.

“Sumpah demi Allah jemuran itu bukan saya punya. Kalau jemuran itu saya punya, semoga Allah tarik nyawa saya hari ini, tolong aminkan ya, salam,” jawab wanita tersebut dalam ruangan komen.

“Dia tidak mempunyai pagar tetapi memiliki perniagaan dobi. Setiap kain jemuran yang besar-besar pasti akan berada di pagar saya, saya tidak suka pintu pagar saya dijadikan tempat jemuran, pintu pagar kan digunakan untuk keluar dan masuk,” sambungnya.

Sumber: suara.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.